Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini.
Bermain merupakan proses pendewasaan yang harus dilalui oleh semua kanak-kanak. Tetapi ibu bapa sering melarang anak-anak daripada melakukan aktiviti bermain. Mungkin mereka lupa atau tidak sedar bahawa mereka juga pernah melalui zaman kanak- kanak sebelum bergelar ibu atau pun bapa.
Memang tidak dinafikan bahawa pendidikan akademik adalah amat penting bagi memastikan anak-anak menjadi insan yang berguna di kemudian hari. Namun begitu, kepentingan bermain juga merupakan pelengkap ke arah itu.
Kita sering dihidangkan dengan berita siswa-siswi tidak bermoral, mat rempit bermaharajalela, pegawai eksekutif melakukan rasuah dan sebagainya. Kini barulah kita sedar bahawa persediaan untuk memiliki asas pembentukkan diri pada peringkat awal adalah amat penting sebelum anak-anak menjadi dewasa.
Apakah kelebihan permainan tradisi?
Permainan tradisi adalah hasil ciptaan nenek-moyang kita pada masa dahulu. Malangnya, banyak permainan tradisi yang telah dilupakan. Jika tiada usaha ke arah memartabatkannya, warisan ini akan menjadi peninggalan sejarah yang akan tenggelam bersama arus kemodenan.
Manakala permainan moden lebih cenderung kepada permainan perseorangan seperti kereta kawalan jauh, kapal terbang kawalan jauh, permainan video, permainan komputer dan sebagainya. Kesemua permainan ini tidak melibatkan ramai pemain. Malah ianya lebih kepada mementingkan diri sendiri. Bagaimana mereka dapat belajar berinteraksi, cara bergaul dan sebagainya?
Bagi permainan tradisi, penekanan terhadap asas pembentukkan diri adalah lebih utama. Walaupun begitu, pembelajaran asas pembentukkan diri tidak dapat diajar di sekolah kerana ianya lebih kepada ekspresi diri. Pembelajarannya adalah secara praktikal seperti:
- Memiliki semangat berpasukan (sayangkan keluarga, masyarakat)
- Sedia bertolak-ansur (menghapus perasaan hasad dengki)
- Berfikiran kreatif (mampu berdaya saing)
- Berani membuat keputusan (sifat usahawan berdaya maju)
- Akur kesalahan rakan ( dapat menghapus sifat pedendam)
- Akur kesalahan diri-sendiri (menghakis sikap suka menuding kesalahan kepada rakan yang lain)
- Keboleh-upayaan menerima tekanan (sentiasa bersedia menyahut cabaran)
- Memiliki kemahiran berfikir dalam pelbagai keadaan (berupaya membuat pilihan yang tepat)
- Sedia berkorban demi pasukan (memiliki semangat jati diri)
- Memiliki semangat kerjasama (menghakis perasaan bangga diri)
Melalui blog Warisan Budaya ini, akan dikongsikan beberapa jenis permainan traditional yang seringkali dimainkan oleh masyarakat Malaysia tidak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa. Antara permainan yang tersebut ialah:
< Konda-kondi >
< Batu Seremban >
0 comments:
Post a Comment