Tuesday 27 November 2012

Rancangan Pengajaran Harian

Contoh RPH ( membanding dan membezakan  makanan  tradisional)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh                                    :           26.11.2011
Hari                                        :           Isnin
Waktu                                    :           9.15 – 9.45 pagi
Masa                                     :           30 minit
Mata pelajaran                     :           Bahasa Malaysia
Tahun                                    :           2 Maju
Bilangan murid                     :           24 orang
Unit pembelajaran                :           14
Tema                                     :           Seni dan Budaya
Tajuk                                     :           Makanan Tradisional
  Standard Pembelajaran        :            2.3.1 (mencatat serta membandingkan dan membezakan maklumat)
Objektif hasil pembelajaran     :           Pada akhir pembelajaran, murid dapat :
i)          Kognitif              :           Menamakan sekurang-kurangnya 2 perbezaan antara  
                                       Kuih bulan dan kuih bakul
ii)        Psikomotor         :           Menceritakan berbezaan antara kuih bakul dan kuih bulan
iii)      Afektif                 :           Menghargai dan bersyukur akan kurniaan Allah SWT
Elemen merentas kurikulum  :          
i)          Nilai murni         :           bekerjasama, prihatin, rajin, bersyukur
ii)        EMK                   :           TMK, inovasi
Kemahiran bernilai tambah      :
i)   Kemahiran Berfikir        :           Menghubungkait, menjana idea
ii)   Belajar Cara Belajar      :           Mendengar dengan berkesan, bacaan imbasan,
                                           membanding dan membeza

Kecerdasan Pelbagai          :           Interpersonal , intrapersonal , verbal-linguistik

Pengetahuan sedia ada       :           Murid pernah melihat makanan tradisional samada di
                                                         rumah atau pun melalui media massa dan pembacaan

BBM                                    :           Slaid power point, projektor, lembaran kerja




Langkah /
masa

Isi
kandungan
AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

Alatan, BBM & Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid

Set Induksi
(3 minit)

Teka-teki

1)   Guru membacakan beberapa soalan teka-teki
2)   Guru mengarahkan murid meneka teka-teki yang dikemukakan
3)   Berdasarkan jawapan murid, guru menjelaskan tajuk akan diajar pada hari ini


1)   Murid mendengar teka-teki yang dibaca oleh guru
2)   Murid meneka teka-teki yang dikemukakan

3)   Murid mendengar penerangan guru tentang tajuk yang akan diajar pada hari ini

KB-menghubungkait, mentafsir
BCB- mendengar dengan berkesan
BBM-
Teka-teki Slaid makanan tradisional
# rujuk Slide share 1


Langkah 1
(7 minit)

Tayangan slaid makanan tradisional

1)      Guru meminta murid melihat paparan powerpoint dan menamakan setiap makanan tradisional.

2)      Guru meminta murid mengenalpasti dan menceritakan rasa, bentuk, warna dan bahan bagi setiap makanan yang dilihat berdasarkan gambar dan pengetahuan sedia ada


1)   Murid meneliti paparan powerpoint dan menamakan setiap makanan tradisional.
2)   Murid mengenalpasti dan menceritakan rasa, bentuk, warna dan bahan bagi setiap makanan yang dilihat berdasarkan gambar dan pengetahuan sedia ada


KB- menghubungkait, mengecam
BCB- mendengar dengan berkesan
EMK-
Kreatif dan inovatif
Nilai-
Menghargai warisan nenek moyang
BBM-
Slaid powerpoint
# rujuk Slide share 2

Langkah 2
(5 minit)

Membaca teks tentang kuih halwa maskat

1)      Guru mengarahkan murid membaca teks secara kelas, kumpulan dan individu dengan kuat mengikut intonasi yang betul
2)      Guru bersoaljawab dengan murid berkaitan teks yang dibaca.
Contoh soalan:
*      Apakah nama kuih yang dinyatakan dalam petikan?


*      Apakah rasa kuih halwa maskat?
*      Bagaimanakah halwa maskat boleh diperolehi?


*      Dimanakah halwa maskat terkenal?


1)   Murid membaca teks secara kelas, kumpulan dan individu dengan kuat mengikut intonasi yang betul
2)   Murid menjawab soalan guru


Contoh jawapan:
*   Nama kuih yang dinyatakan dalam petikan ialah halwa maskat
*   Rasa halwa maskat ialah manis
*   Halwa maskat boleh diperoleh melalui tempahan.
*   Halwa maskat terkenal di Pulau Pinang.

KB-
Menghubungkait,
Mengelas
BCB-
Bacaan mekanis, mendengar dengan berkesan
EMK-
Kreatif dan inovatif
BBM-
Teks bacaan
# rujuk Slide share 3

Nilai-
Yakin, berani
KP-
interpersonal

Langkah 3
(8 minit)

Kerja kumpulan

1)        Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan


2)        Murid diminta menjawab soalan secara berkumpulan

3)        Pembentangan jawapan setiap kumpulan


1)   Murid duduk dalam kumpulan masing-masing

2)   Murid berbincang dan menjawab soalan yang dikemukakan
3)   Murid membentang dan mendengar dengan teliti


Kerja kumpulan(A)
# rujuk Slide share 4
KB-
Menghubungkait,
Mengelas
EMK-
Kreatif dan inovatif
KP-
Intrapersonal
Nilai-
Bekerjasama, berani, yakin

Langkah 4
(5 minit)

Lembaran kerja
·  Pengayaan
·  Pemulihan

1)        Guru mengedarkan lembaran kerja. Murid yang berjaya menjawab soalan dengan cepat akan diberi aktiviti pengayaan. Manakala murid yang lemah diberi aktiviti pemulihan


1)   Murid menjawab soalan berdasarkan lembaran kerja yang diberi.

Lembaran kerja(B)
-
Pengayaan
-
pemulihan

# rujuk Slide share 5

Langkah 5
(2 minit)

Penutup

1)        Guru  bersoaljawab tentang perbezaan makanan tradisional dari segi rasa, warna dan bentuk.
2)        Guru memberikan peneguhan dan menerapkan nilai-nilai murni.


1)   Murid menjawab soalan guru



2)   Murid mendengar dengan teliti.

BCB-
Mendengar dengan berkesan

Nilai-
Menghargai, yakin


Slide Share 1 : BBM - Teka-teki Slaid makanan tradisional

Teka teki oleh rohimah from RohimahKassim

Slide Share 2 : BBM - Slaid powerpoint

Slaid Jenis Jenis Makanan oleh rohimah from RohimahKassim

Slide Share 3 : BBM - Teks bacaan


Slide Share 4 : Kerja kumpulan(A)

Lembaran kerja kumpulan (a) from RohimahKassim

Slide Share 5 : Lembaran kerja(B)-Pengayaan-pemulihan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagu