Kredit malaysiana.pnm.my |
Permainan
congkak telah wujud sejak 200 tahun yang lalu di Nusantara atau alam Melayu.
Permainan ini dipercayai berasal dari negara Mesir. Negara Mesir terletak di
utara benua Afrika. Negara ini terkenal dengan Sungai Nil. Pada masa dahulu
congkak menjadi hiburan pada waktu malam setelah penat bekerja di sawah pada
waktu siang. Permainan congkak begitu digemari oleh kaum wanita. Manakala
anak-anak gadis bermain congkak pada waktu siang. Kini, congkak kurang popular
kerana munculnya pelbagai permainan berasaskan internet. Mengikut satu
pendapat, terdapat tiga jenis congkak iaitu congkak lima lubang, congkak tujuh
lubang dan congkak sembilan lubang. Congkak biasa, badannya diperbuat daripada
kayu yang mudah dialihkan ke mana-mana. Selalunya congkak ini dimainkan di
dalam rumah, di anjung atau di serambi.
Terdapat
juga congkak yang dibuat di atas tanah. Permainan ini adalah daya kreatif
kanak-kanak. Mereka mengorek lubang-lubang yang betul-betul menyerupai congkak
biasa di permukaan tanah. Berkenaan buahnya pula, pelbagai bahan digunakan.
Antara objek yang biasa digunakan ialah biji asam jawa, buah getah, anak-anak
batu atau guli kaca. Pendek kata, asal sahaja objek itu dapat menjayakan hasrat
permainan, di kira boleh. Apa yang penting bagi kanak-kanak ialah keseronokan
bermain bukan keindahan objek itu. Jumlah lubang pada congkak tidak tentu. Ada
yang 7, 8, 9, 10 atau 11. tetapi yang paling popular sekali ialah 7 lubang.
Jika jumlah lubangnya banyak, tentu sahaja permainannya menelan waktu yang
panjang.
Kredit paichorwan-tradisional.blogspot.com |
Congkak
dimainkan oleh dua orang yang duduk bertentangan. Kalau kanak-kanak perempuan,
tentunya mereka bertimpuh dengan sopan.
Kalau kanak-kanak lelaki, tentunya mereka bersila
sahaja.
Tidak perlu
sebarang undian untuk mendapatkan hak memulakan permainan. Permainan dijalankan
serentak. Siapa lebih cekap, dia boleh bergerak mendahului lawannya. Pemain
boleh memulakan permainan dari mana-mana lubang yang dia suka. Jika ada 1, 2,
3, 4, 5, 6 dan 7 lubang misalnya, maka ada tujuh buah dalam setiap lubang.Lubang-lubang
ini dipanggil ‘Kampung Congkak’. Jadi, jumlah buah yang diperlukan adalah
7x7=49. Maka ambil semua buah dalam lubang yang disukai dan lakukan pergerakkan
ikut arah pusingan jam. Semasa bergerak, mesti masukkan satu buah ke dalam
setiap lubang yang dilalui dan "lubang ibu" (lubang besar dihujung).
Hanya satu lubang ibu sahaja bagi setiap pemain iaitu lubang ibu dihujung, di
sebelah kiri pemain sahaja.Lubang besar ini juga dikenali ‘Rumah Congkak’.
Kredit bmhasanbashri.blogspot.com |
Pemain
congkak perlu berfikir, menyusun strategi dan membuat congakkan. Congkak
perlukan kecekapan. Individu yang kerap bermain congkak akan cepat mahir. Tidak
hairanlah jika ada yang sanggup menghabiskan berjam-jam untuk berlatih
berseorangan mengkaji pergerakan "buah" sehingga formula rahsia untuk
menjadi juara tersimpul dalam mindanya. Strategi ini bakal digunakan untuk mengalahkan
lawan dalam permainan yang akan datang.
Pergerakkan
permainan "mati" apabila buah yang digerakkannya habis dilubang yang
kosong. Maknanya buah di dalam lubang itu sudah dijalankan sebelumnya. Jika
lubang kosong, tempat pemain "mati" itu pada baris di hadapan si
pemain, maka buah dalam lubang yang bertentang dengan lubang kosong itu boleh
dirampas oleh si pemain dan dimasukkan ke dalam lubang ibu miliknya.
Di akhir permainan hanya tinggal beberapa biji buah
di dalam lubang masing-masing. Pemain-pemain dikehendaki menjalankan buah itu
mengikut susunan lubang iaitu bermula dari lubang yang berisi buah yang di
kanan sekali hingga di hujung dekat lubang ibu secara serentak menuju ke lubang
ibu masing-masing. Sesiapa yang habis dahulu buah di dalam lubangnya, dia
dikira kalah.
Video cara bermain congkak.
Video cara bermain congkak.
Sumber Video : www.youtube.com
0 comments:
Post a Comment