Tuesday, 20 November 2012

Pakaian Tradisional Kaum India : Sari, Punjabi & Kurta

Sari yang selalu dipakai kaum India di Malaysia. Foto : simplemalaysian
Sari merupakan pakaian tradisional India yang mudah dikenali di seluruh dunia. Sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang dipadankan dengan kain dalam yang berwarna seakan-akan kain sari tersebut, serta choli yang berwarna sama atau setentang dengannya. Kain sari ini dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri. Kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat dan berfungsi menyokong kain sari tersebut dari terlucut. Sari diperbuat daripada pelbagai jenis, corak dan warna kain yang sememangnya indah.
Salwar Kameez. Foto : womenxone
Pakaian salwar kameez atau baju Punjabi, yang juga popular di kalangan wanita di utara India, terdiri daripada blaus panjang yang dipadankan dengan seluar panjang yang longgar, serta tudung kepala yang sesuai warnanya. Wanita India juga gemar memakai dupatta di bahu mereka ketika memakai salwar kameez.
Baju Punjabi yang dimodenkan. Foto : invisionfree.com
Kurta pula merupakan pakaian tradisional bagi lelaki kaum india. Kemeja panjang yang sampai ke lutut yang diperbuat daripada kain kapas atau lime dan sutera. Kurta ini pada kebiasaanya akan dipakai bersama salwar longgar,seluar longgar atau seluar churidar. 
Kurta dan kurta pijama. Foto : homeindia.com
Kurta pijama adalah kurta yang dipakai oleh pemakainya bersama pijama dimana kurta pijama ini kebanyakkan dipakai ketika majlis-majlis rasmi. Kurta ini juga boleh dipakai bersama dhoti. Dhoti ialah sejenis kain berbentuk segi empat panjang yang dianggarkan sepanjang 5 meter yang dililit di sekitar pinggang dan kaki.

3 comments:

rara said...

banyak sangat widget2 kat blog ni. jd sukar utk baca info. diharapkan boleh buang sedikit yang tak berkaitan. menyerabutkan tau!

Soran Setsuna said...

Owner batak widgets

Gebi Ibeg Evolutions Bloggers said...

Kurangi efek blog Anda :)
Yang menarik menjadi tidak menarik karena efek yang mengganggu para pembaca :(
Thanks ....

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagu