Sunday, 18 November 2012

Makanan Tradisi Kaum Kadazan

Makanan Tradisi Kaum Kadazan. Foto : blogsanasini

 Makanan kaum Kadazan merupakan identiti dan pengenalan bagi kaum Kadazan. Masyarakat Kadazan dusun memiliki pelbagai hidangan yang unik. Hidangan-hidangan ini biasanya banyak disediakan di musim perayaan seperti Pesta Kaamatan yang dirayakan setiap tahun iaitu 30 dan 31 Mei.

Selain pada hari perayaan, suku kaum Kadazan dusun yang tinggal di kampung, masih mengamalkan cara masakan atau hidangan secara tradisional ini secara harian. Selain itu ia juga menjadi hidangan istimewa bagi acara istimewa seperti perkahwinan dan majlis lain di adakan oleh suku kaum Kadazan dusun.

 Makanan tradisi suku kaum Kadazan dusun terdiri daripada pelbagai jenis kerana keadaan semulajadi bentuk muka buminya banyak membekalkan sumber pencarian makanan.

Antara makanan tradisi yang terkenal di kalangan kaum Kadazan dusun ialah Hinava, Noonsom, Pinasakan, Bosou, dan Sup Manuk Lihing. Makanan-makanan ini dapat disediakan dengan pelbagai cara mengikut kebiasaan amalan tradisi Kaum Kadazan dusun. Terdapat juga makanan lain bagi masyarakat Sabah seperti Ambuya.

a) Butod

Butod yang dimakan. Foto : ummuhatul
Butod adalah sejenis ulat yang hidup di dalam pokok rumbia yang telah reput. Butod biasanya memakan batang rumbia yang reput. 

Bagi penggemar makanan exzotik, makanan seperti ulat rumbia ini adalah makanan yang istemewa kerana mempunyai khasiat protien yang tinggi. Proses untuk mendapatkan ulat rumbia ini bukanlah mudah kerana pokok rumbia mestilah ditebang terlebih dahulu untuk dijadikan tempat bertelur oleh "indungnya" . 

Butod bolehlah dimakan mentah-mentah tetapi harus dibersihkan terlebih dahulu atau dimasak. Biasanya butod akan ditumis dengan minyak sehingalah garing. Butod yang telah dimasak sangat sedap dihidangkan dengan nasi panas atau bagi kebiasaan kaum kadazan dusun butod seringkali dijadikan "pusas" dalam upacara keramaian. 

b) Hinava


Hinava yang menjadi hidangan kaum Kadazan. Foto : resepimomogunrungus
Hivana biasanya merupakan hidangan istimewa semasa Tadau Kaamatan. Selain itu ia juga menjadi hidangan istimewa pada majlis-majlis penting lain seperti bagi perkahwinan, pertunangan dan lain-lain. 

Istilah Hinava merujuk kepada masak tanpa menggunakan api.

Hinava hanya perlu membersihkan daging ikan tersebut dengan air laut,dan ramuan lain seperti limau,lada dan sebagainya.

Hinava dihasilkan daripada isi ikan yang dicampurkan dengan biji buah bambangan yang telah diparut. Terdapat pelbagai variasi resipi untuk membuat hinava. Ada yang dimakan terus secara mentah (hirisan ikan) dan ada juga yang hirisan daging ikan dicelur ke dalam air panas seketika. Itu semua bergantung kepada citarasa sendiri.
                     
c) Ambuyat

Ambuyat yang sedap dimakan. Foto : cahaya pemeliharaku
Ambuyat diperbuat daripada  pokok rumbia yang diproses  menjadi  sagu  rumbia.  Bagi  masyarakat Bisaya yang tinggal  di Beaufort, Sabah, untuk membuat  ambuyat, mereka perlu meredah  hutan mencari pokok sagu. Pokok  sagu akan ditebang dan dibawa  ke pondok pemprosesan sagu. 

Di  pondok tersebut, kebiasaannya  kaum lelaki bertanggungjawab  mengupas kulit batang sagu  tersebut. Batang sagu yang telah  dikupas, dibelah bagi mengeluarkan  isi sagu yang terdapat di bahagian  tengah batang sagu.  

Kemudian, isi  sagu yang berwarna putih  dipotong  kecil dan halus. Sagu yang dipotong  ditapis dan direndam untuk tempoh  tiga hari di dalam baldi yang berisi  air. Secara keseluruhannya, proses  ini memakan masa selama sehari  untuk disiapkan. Selepas tempoh  satu atau dua hari,  isi sagu yang  direndam akan menjadi sebatian.

Ia dimasak atau secara tepat dibancuh dengan air yang baru mendidih dan di gaul sehingga likat. Selalunya ambuyat dimakan bersama-sama kuah ikan selayang (di Sabah ikan ini dikenali sebagai ikan basung) yang di masak kunyit. Kuahnya ikan tersebut dibubuh garam, cili padi yang di kisar atau ditumbuk dan di tambah air limau kapas atau limau kasturi sehingga secukup rasa. Dan isi ikan yang sudah dibuang tulangnya dimasukkan ke dalam kuah tersebut. Dan ambuyat tersebut dicelup dahulu ke dalam kuah ikan tersebut sebelum dimakan.  Biasanya ada orang suka makan guna chopstick bambu yang dibuat khas untk makan ambuyat ni.

Resipi untuk menyediakan tiga jenis makanan masyarakat Kadazan ini boleh dilihat di halaman ini.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagu