Tuju Para
yang biasanya untuk mengikat bungkusan, dijadikan satu alat istimewa dalam
permainan kanak-kanak. Ternyata ilham kanak-kanak begitu kreatif dan
memungkinkan apa sahaja objek dijadikan permainan. Mungkin setelah meneliti
sifat-sifat gelang getah yang menganjal dan
memberi (elastik), tercetuslah ilham untuk mewujudkan sejenis permainan dalam
bentuk melastik atau membidas.
Permainan
Tuju Para adalah bukti bahawa kanak-kanak memang kreatif dalam mempelbagaikan
permainan. Dalam permainan ini, peralatan yang diperlukan ialah sejumlah getah
dan dua batang kayu lurus kira-kira 30 cm. Jika tidak ranting atau batang anak
kayu sudah memadai. Gelang mudah didapati. Biasanya kedai-kedai runcit memang
ada gelang getah. Harganya pun murah. Ini memberi peluang kanak-kanak terbabit
bermain dengan selesa tanpa kekangan masalah kewangan.
Dua orang
pemain sudah memadai bagi memainkan permainan "Tuju Para". Namun,
apalah seronoknya bermain dalam bilangan sekecil itu. Jika bermain
beramai-ramai barulah ada semangat hendak bersaing. Permainan ini hanya
memerlukan satu kawasan kecil kerana tidak ada pergerakan aktif seperti berlari
atau melompat. Bahkan keseluruhan aktiviti agak pasif. Sebelum permainan
dimulai, kedua-dua kayu itu dipacak ke tanah dalam keadaan selari. Kayu-kayu
itu disebut tiang. Jarak di antara tiang ke tiang bergantung kepada keadaan.
Kalau ramai pemain dan banyak getah yang hendak dipasang, jaraknya agak jauh.
Gelang getah
yang disidai pada alang hendaklah dipasang pada kedudukan hampir mencecah tanah.
Seelok-eloknya 1 inci dari tanah. Bagi membidas
gelang-gelang getah yang disangkut di alang, satu alat khas yang dipanggil
"getah ibu" diperlukan. "Getah ibu" ini daripada gelang
getah juga. "Getah ibu" mempunyai struktur kelapa yang terdiri
daripada satu atau beberapa urat gelang getah, bergantung kepada saiz getah
ibu. Ia juga dikenali sebagai ‘gundu’. Fungsi kepala ialah untuk menghasilkan
anjalan dalam proses membidas.
Menentukan
siapa memulakan permainan Tuju Para agak mudah. Para pemain akan berbaris di
belakang satu garisan panjang dalam kedudukan selari, bahu-membahu dan
menghadap getah-getah yang disidai di alang. Maka pemain yang berbaris di kanan
sekali berhak memulakan permainan. Pemain akan menunjukkan ibunya ke arah
ratusan getah yang disidai di alang di hadapannya. Misinya ialah membidas
gelang-gelang getah itu sehingga bertaburan di atas tanah. Dia perlu memastikan
gelang-gelang getah yang jatuh dari alang itu tidak bersentuhan atau berhubung
dengan tiang, alang atau mana-mana getah yang masih tersidai di alang.
Biasanya
bidasan yang kuat akan membuatkan gelang-gelang getah itu terpelanting atau
terlantun dan jatuh berselerak di tanah dalam lingkungan yang luas. Jika
bidasan menyipi atau getah ibu terbelit atau terlekat di getah alang, peluang
bermain akan tertutup serta merta. Bertuahlah pula peluang pemain yang berjaya
menceriakan gelang-gelang getah itu dari alang atau tiang "berkaran".
Dia akan mengutip gelang-gelang getah itu dan membilang jumlah gelang getah
yang diperolehi adalah jumlah mata diperolehi.
Setelah
semua gelang getah disatukan pemain pun ditamatkan. Masing-masing pun membilang
mata yang dipungut.
Getah ibu yang tersangkut atau terbelit pada getah alang ini dikira batal dan giliran pemain seterusnya membuat tujuan. |
Salah seorang pemain yang sedang membidas getah yang telah siap disusun. |
Ini adalah contoh "Getah Ibu" (gundu) yang telah siap dibuat dalam tiga saiz. |
Salah seorang pemain membilang dan menyusun getah di atas alang yang telah siap dibuat. |
Sumber rujukan : www.memori-kedah.com
0 comments:
Post a Comment