Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Wednesday, 21 November 2012

[Resepi : Idli (Kuih Beras Kukus)]

Idli. Kredit foto : niyasworld
Bahan-bahan:

300 gm beras
250 gms kacang dal hitam
2 sudu makan nasi
Secubit garam

Cara penyediaan:

1. Rendam beras dan kacang dal secara berasingan selama 4-5 jam.
2. Kisar beras dan nasi sehingga halus. Kemudian kisar kacang dal sehingga halus secara berasingan.
3. Satukan beras dan kacang berserta garam. Gaul sebati.
4. Tuangkan campuran ke dalam acuan kecil dan kukus sehingga masak anggaran selama 20 minit. Sedia untuk dihidangkan bersama kuah kari atau acar

Selain itu juga, terdapat lebih kurang 40 resepi Kuih Idli turut dikongsikan melalui Scrib :

40 Idli recipes

[Resepi : Murukku]

Murukku. Kredit foto : tjskl.org.cn
Bahan-bahan:

3 biji telur, dipukul sedikit
600 g tepung kacang dal
250-300 ml air + 1 camt garam
240 g tepung beras
2 cawan serbuk cili
1 cawan serbuk jintan putih
1 1/2 cawan serbuk jintan manis
160 g marjerin
minyak untuk menggoreng
3-4 pelepah daun kari

Cara penyediaan:

1. Satukan tepung dal dengan air bergaram. Masukkan telur, uli rata. Campurkan dengan tepung beras, serbuk cili, serbuk jintan putih dan jintan manis.
2. Bubuh marjerin dan uli menjadi doh yang lembut. Masukkan sedikit ke dalam acuan murukku dan picitkan ke atas sehelai daun pisang yg disapu minyak.
3. Anda boleh juga terus memicitnya ke dalam kuali (dengan minyak panas). Goreng hingga separuh masak, campurkan beberapa helai daun kari dan goreng lagi hingga keemasan.
4. Angkat dan sejatkan minyaknya. Bila sejuk, simpan di dalam bekas kedap udara.

Bagi memudahkan lagi penyediaan murukku ini, boleh rujuk video di Youtube :

[Resepi : Tosai]

Tosai. Kredit foto : thamjiak
# untuk 10 keping tosai

Bahan-bahan

2 cawan beras -rendam 8 jam
1 cawan aluthu - rendam 8 jam
1 kepal nasi
sedikit garam
minyak masak
1/2 labu bawang besar

Cara penyediaan

1. Kisar semua bahan dengan pengisar sehingga halus. Masukkan sedikit air semasa mengisar. Air agak-agak padan dengan bahan-bahan yang hendak di kisar. Kadar kecairan adunan seperti apam tapai.
2. Masukkan garam dan kacau rata.
3. Peram adunan kira-kira 8 jam supaya adunan naik.
4. Culup bawang dengan minyak dan sapu atas kuali rata.
5. Kacau adunan tadi. Ambil lebih kurang 1 cawan atau 1 senduk adunan dan ratakan atas kuali anda. Masak dengan api perlahan atau sederhana

Untuk memahami cara penyediaan Tosai ini dengan lebih lanjut, boleh layari Youtube:

 

Sunday, 18 November 2012

[Resepi : Ambuyat]

Ambuyat. Kredit foto kepada Resepiilhamku
Hidangan untuk 5 orang

Bahan A

1 kg (6 cawan) sagu rumbia
Air panas yang baru dimasak
1 liter (4 cawan) air

Bahan B

600 g ikan putih/tongkol/tenggiri/kurau/senangin
40 g (5 ulas) bawang merah
10 g (2 ulas) bawang putih
10 g (2 sm) kunyit hidup  ditumbuk kasar
10 g (2 sm) halia
3 g (5 biji) cili padi
30 g (2 batang) serai, diketuk
5 g (5 keping) asam keping
9 g (1 sudu teh) garam
625 ml (2 cawan) air

Bahan C

500 g (60 pokok) pucuk paku, dibersihkan dan dipetik
3 g (1/2 sudu teh) garam
10 g (1 sudu makan) minyak sayuran
20 g (3 ulas) bawang merah
10 g (2 ulas) bawang putih ditumbuk
10 g (1 sudu makan) belacan
125 ml (1/2 cawan) air
1 biji cili merah (dihiris) untuk hiasan

Cara memasak

Bahan A

Cara membuat ambuyat:
1. Sagu dicampur dengan 4 cawan air dan mendapkan selama 10 minit.
2. Tuang air dan masukkan sagu ke dalam bekas yang tahan air panas.
3. Bancuh sagu dengan air panas yang baru mendidih. Kacau hingga sebati dan masak sehingga sagu kelihatan jernih dan likat (seperti gam. Ini menandakan sagu itu telah masak).

Bahan B

1. Ikan dibersih dan dipotong 5 keping.
2. Masak di dalam periuk bersama-sama dengan bahan-bahan lain. Rebus sehingga masak.

Bahan C

1. Panaskan minyak di kuali dan tumis semua bahan yang ditumis sehingga naik bau.
2. Masukkan sayur pucuk paku dan garam. Tambah 1/2 cawan air. Masak hingga empuk. Hiaskan dengan cili merah.

Nota:

1. Ambuyat dimakan menggunakan candas (atau kayu penyepit) dan dicelup dengan kuah ikan dan terus dimakan bersama-sama dengan sayur pucuk paku.
2. Sagu adalah makan ruji untuk kaum Bisaya. Resipi ini adalah makanan seimbang, kaya dengan karbohidrat kompleks dan serat serta rendah lemak dan garam.
3. Bagi Semenanjung Malaysia yang susah untuk mendapatkan sagu rumbia, boleh diganti dengan biji sagu atau sagu ubi yang mana perlu dimasak diatas api sehingga sagu kelihatan jernih.

# Makanan ini baik dimakan sewaktu masih panas.

Cara penyediaan Resepi Ambuyat ini juga boleh diikuti melalui Youtube

[Resepi : Hinava]

Kredit Foto : Life's Potpourri

 Bahan-bahan

Ikan Tenggiri ( Sederhana)
6 Ulas Bawang Merah (dihiris)
2 Ulas Bawang Putih (dihiris)
3-4 Biji Limau Kapas (Ambil jusnya)
Sedikit garam, serbuk perasa, Halia

Cara-cara
1. Ikan Tenggiri dibersihkan terlebih dahulu, kemudian dicincang hingga lumat.
2. Tuangkan sedikit air panas ke atas isi ikan tersebut selama 1 minit dan toskan.
3. Semua bahan yang telah dihiris halus tadi digaulkan bersama dengan isi ikan.
4. Kemudian dicampur dengan jus limau kapas.

Penyediaan Hinava ini juga boleh dilihat di Youtube.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagu